
Bila melihat anak2 membesar tertanya2 juga di dalam hati, adakah pendidikan kita berikan adalah didikan yang terbaik. Kerana pembentukan peribadi seseorang itu berdasarkan didikan yang kita dapat daripada asuhan orang tua kita. Pernah juga saya sembang kosong dengan ibu2 especially suri rumahtangga bagaimana cara mendidik anak yang betul. Ada pelbagai pendapat yang saya terima contoh " Alah.. buat pe nak pening kepala dah besar nanti pandai diorang le..". Itu pendapat yang saya terpaksa 'tong sampahkan'.

Kenapa tiba2 saya keluarkan topic sebegini? Bukannya apa apabila melihat ragam orang dewasa yang kadangkala suka mengkritik tanpa memikirkan perasaan orang lain dan suka mambanding2 harta, isteri atau suaminya, kerjaya yang dimilikinya lebih baik dari orang lain. Orang sebegini boleh kita labelkan tinggi diri. Sudah tentu saya tak mahu anak yang saya hasilkan menjadi seorang yang sombong, bongkak, takbur walaupun sudah berjaya. Lebih buruk lagi menunjuk2 pada ahli keluarga sendiri dengan kejayaan yang dimiliki dengan niat untuk membangga diri.
Yang saya idamkan nanti jika usia panjang saya ingin melihatkan keakraban anak2 saya sesama sendiri. Sentiasa mengasihi satu sama lain, tolong menolong jika dalam kesusahan dan yang paling penting sentiasa berhubungan walaupun berjauhan. Imam at-Tabrani ada meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda ; "Ajarlah keturunan kamu supaya menyambung tali kekeluargaan, kerana sesungguhnya silaturrahim itu adalah kasih sayang terhadap kaum keluarga jauh lebih bernilai dari harta dan melanjutkan usia."
Biasanya apabila berjumpa dengan rakan lama yang sudah lama tidak ketemu, soalan yang akan ditanya ialah "Berapa orang anak?" Dan bukannya"Berapa ribu duit kau simpan?"
Pendek kata untuk ibubapa seperti kami yang mempunyai ramai anak bersyukurlah dengan kurniaan Allah kepada kita kerana gelagat anak2, ciuman kasih sayang mereka sebelum tidur dan cerita2 fantasi mereka yang banyak memberi kebahagiaan kepada kita. Didiklah mereka sebaik2nya supaya mereka tidak berada dalam kegelapan dalam mencari halatuju kehidupan.
Pendek kata untuk ibubapa seperti kami yang mempunyai ramai anak bersyukurlah dengan kurniaan Allah kepada kita kerana gelagat anak2, ciuman kasih sayang mereka sebelum tidur dan cerita2 fantasi mereka yang banyak memberi kebahagiaan kepada kita. Didiklah mereka sebaik2nya supaya mereka tidak berada dalam kegelapan dalam mencari halatuju kehidupan.
Sewaktu saya sedang sibuk menulis, ketika ini anak saya Irdina sibuk meratah serbuk milo di dapur.. Kelakar pun ada tengok mukanya yang comot. So sampai sini dulu saya nak pergi bersihkan Dina. Hai... kalau abah tahu....
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment