Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Saturday, December 20, 2008

Gambar-gambar Kenangan Arrie



Siapa agaknya baby nie? Inilah Arrie waktu berusia 3 bulan. Memang tembam mama masih ingat lagi kalau bawak Arrie keluar berjalan kami terpaksa berhenti banyak kali sebab ramai orang suka mencubit pipi Arrie. Arrie masa kecik taknak ngan orang lain. Manja sangat dengan abah. Waktu berusia 6 bulan lagi kalau abah balik dari kerja dia akan berkejar ke pintu sambut abah walaupun ketika itu baru pandai duduk dalam walker.






Gambar di sebelah pulak Arrie di pangku oleh Pak Uda yang ketika itu berusia 9 tahun. Nampak 2 orang budak tu. Itulah Ajip dan Hani. Masa kecik Ajip taklah gemuk macam sekarang nie.







Haa ni pulak gambar Arrie dengan Abah masa kami berkunjung ke Terengganu ke rumah Pakcik Karg. Waktu nie Arrie berusia 1 thn 2 bulan. Dah pandai berjalan ketika berusia 11 bulan. Masa nie Arrie terlalu manja dengan abah sehingga setiap kali kami keluar Arrie didukung abah. Arrie tak mau dengan mama.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008