Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, December 18, 2008

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya


Melentur Bulur Biar Dari Rebungnya.

Satu pepatah yang biasa kita dengar, tetapi jarang kita praktiskan dalam kehidupan berkeluarga. Kerap kali kita dengar alasan ibu bapa : biar lah dulu, depa masih kecik lagi. Itu kata-kata dari kenalan berasal dari utara.

Persoalannya adalah tepat alasan yang diberikan itu dan sesuai serta tepat untuk kita amalkan. Situasi lain pula, ada ibu bapa memberikan alasan, nanti besar pandailah sendiri. Kita dulu pun camtu, lama-lama tau la tu.

Alasan ini mungkin boleh digunakan untuk sesetengah perkara tetapi bukan semua khususnya yang berkaitan dengan agama. Menjadi tanggung jawab kedua ibu bapa memastikan anak-anak terdidik dengan pengetahuan agama secukupnya dan menpraktikkan seawal usia bagi memudahkan mereka amalankan sesudah akhil baligh.

Perlu kita sedari bahawa, anak-anak merupakan amanah Allah kepada kita sebagai ibubapa.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak.


Di sini jelas bahawa amanah ini perlu ditunaikan bagi memastikan tanggungjawab tadi terlaksana.

Alasan ‘bila besar tahulah sendiri’ tidak boleh diterima pakai. Ibu bapa yang menggunakan alasan demikian adalah ibu bapa yang tidak mahu mengambil tanggungjawab menjaga amanah mereka sebaiknya.

Persoalan seterusnya bilakah perlunya anak itu mula dididik. Berikut adalah petikan kertas kerja oleh Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman.

Menurut beliau dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.
Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa. "Anak berusia satu hingga tujuh tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul.
Bagi anak berusia lapan hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang." "Sementara diperingkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka.
Manakala selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan,"

Di sini jelas bahawa anak perlu dididik seawal usia malah ada yang berpendapat fetus dalam kandungan juga perlu di ransang dengan bunyi-bunyian yang merdu umpamanya bacaan Al-quran, nasyid dan sebagainya.

Rasulullah sendiri berpesan dengan sabda nya:

"Perintahkanlah anak2 itu untuk bersembahyang setelah mencapai usia tujuh tahun dan apabila telah berusia sepuluh tahun, maka pukullah dia jika meninggalkan sembahyang"
-Riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Jelas bahawa ibu bapa wajib mengajar anak mereka solat seusia 7 tahun dan wajib di pukul (rotan) pada usia 10 tahun.

Pepatah melayu “melentur buluh biar dari rebungnya” adalah sesuatu yang valid dan amat praktikal diamalkan. Apa saja alasan untuk tidak mendidik anak-anak dengan akhlak terpuji adalah suatu yang tidak berasas sama sekali.

Penulis sendiri amat teruja melihat anak-anak kecil yang mudah diminta menutup aurad misalnya, solat secara berjemaah dan sebagainya. Ini berbanding dengan anak-anak remaja, kiranya tidak pernah dididik dari awal merasa rimas dan tidak selesa bila ditegur supaya menutup aurad atau diajak solat bersama. Lebih memburukkan lagi menunjukkan riak muka tidak suka mereka walaupun teguran itu ke arah kebaikan.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".
(Surah Ibrahim: 40-41)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008