Dah sampai, lapar pulak, gi makan ramai-ramai. Uncle Fendi semakin akrab dengan Dina...
2 beranak ni possing sama la pulak. Sama penat kot, sorang penat naik kapal terbang. Sorang lagi jaga anak ler...
Pak ngah & mak ngah - sama cantik sama padan, macam muda-muda dulu... Main sponsor untuk apa-apa event pun, thanks a lot.
Malam tu sampai rumah lewat tengah malam, walaupun penat tapi puas hati sebab semua ahli keluarga menunggu nenek. Thanks untuk semua.. Semoga nenek mendapat 'Haji Mabrur'......Amin.
Penulis kali ini ingin mengupas pengertian anak yatim mengikut Al-quran dan sunnah dan cara kita berinteraksi dengan mereka. Berbagai perpektif dan pandangan tentang cara berkesan berinteraksi dengan anak-anak yatim.
Soalnya bagaimanakah cara sebenar menurut pandangan agama. Sebelum mengulas lanjut berkenaan topik ini, lebih baik kita memahami maksud anak yatim itu sendiri.
Yatim Piatu adalah seseorang yang tidak lagi memiliki ayah dan ibu, sedangkan Yatim, dari bahasa arab, ertinya seseorang yang tidak memiliki ayah, dan Piatu adalah seseorang yang tidak memiliki ibu lagi.
Ulama telah mentakrifkan anak yatim sebagai: Apabila seorang kanak-kanak kematian bapanya sama ada lelaki atau perempuan yang belum baligh, maka mereka digelar yatim.
Kebanyakan ulama berpendapat kanak-kanak yang kematian bapa sahaja yang digelar yatim. Ini kerana keperluan mereka kepada bapa di dalam menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya ini merujuk kepada peranan dan tanggungjawab seorang ayah.
Istilah yatim piatu pula tidak ada dalam kamus Arab melainkan ia terdapat dalam kamus perbualan masyarakat Melayu.
Panggilan serta kelebihan yang diperolehi oleh anak-anak yatim ialah selagi mana mereka belum mencapai umur baligh. Ibn Ruslan pernah berkata: Apabila anak yatim itu sampai kepada umur baligh yang diketahui umum (umur pada adatnya baligh) maka tidak boleh lagi digelar dengan nama yatim.
Setelah kita mengenali siapa anak yatim, maka kita lihat pula bagaimana meberinteraksi dengan mereka dengan sebaiknya.
Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud:
Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Maka di sini, banyak pilihan kita dalam berinteraksi dengan anak yatim. Bagi yang berkemampuan eloklah membelanjakan harta untuk menjaga mereka. Bina rumah perlindungan anak yatim misalnya, derma sebahagian harta, wakafkan untuk membantu mereka.
Bagi yang kurang kemampuan tapi berilmu, dapatlah dicurahkan ilmu mereka untuk mengajar anak-anak yatim tadi. Mengajar fardu ain misalnya. Selainnya cukupkan sekadar mengembirakan , bawa berjalan dan sebagainya.
Anak yatim pula hendaklah dibelai dan dijaga hati mereka sebaiknya.
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.
Harta anak yatim hendaklah dijaga dan dibelanja sebaiknya.
Allah s.w.t. memberi amaran yang keras ke atas orang-orang yang merosakkan harta anak-anak yatim dengan mencampuradukkan harta mereka dengan harta anak yatim.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (al-NisaĆ¢: 2)
Dalam ayat-ayat yang lain Allah mengecam perbuatan memakan harta anak yatim tanpa hak.
Antaranya, firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka sedang memenuhkan perut mereka dengan memakan api neraka dan tempat kembali mereka ialah neraka. (al-NisaĆ¢: 10)
Maksud firman Allah lagi:
Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya. (Dhuha: 9-10)
Maksudnya: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim (al-Maun: 1-2)
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)
Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (halal). (al-Israk: 34)
Begitu banyak peringatan dalam Al-Quran tentang kepentingan menjaga hak anak yatim, maka kita hendaklah berinteraksi sebaik mungkin dengan mereka. Jangan membelanjakan harta mereka tanpa keperluan sebenar dan jangan disakiti hati mereka.
Anak yatim adalah suatu hak mereka yang diberi oleh agama dan wajib bagi kita menyempurnakan hak mereka.
Untuk Ajib ; kami sekeluarga memohon maaf kiranya sepanjang penjagaan kami ada yang tidak menggembirakan Ajib
Atas permintaan sedara-sedara Arrie, kami sediakan satu ruang untuk resepi keluarga.
Semoga pembaca dapat manfaat darinya.
Nasi yang telah siap dihidang.
Cara membuatnya seperti di bawah :-
Mula dengan merebus ayam.
Guna ayam kira-kira 1/4 ekor (untuk 3 orang makan)
Air lebih kurang 5 cawan. Boleh tambah ayam jika masak untuk lebih ramai orang.
Sementara menuggu air rebusan siap, Sediakan bahan-bahan tumisan - Potong bawang besar (1/2 biji) - Halia sebesar ibu jari - Bawang putih dua ulas
Masukkan 1 sudu majerin dalam kuali panas Tumis bahan tadi dalam majerin. Bila cukup masak tumisan tadi (naik baunya), masukkan beras.
Kacau beras hingga rata (lebih kurang 2 minit) Pastikan beras digaul rata bersama majerin tadi.
Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Gunakan periuk nasi biasa (Eletric rice cooker)
Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam beras.
Sukat paras air seperti memasak nasi biasa.
3 cawan beras = 3 cawan air.
Masakkan Nasi dengan rice cooker. Setkan 'Start cooking' Tunggu hingga masak. Kacau dalam periuk untuk meratakan lagi nasi dan hidangkan.
Ayam yang telah siap dihidangkan. Cara membuatnya seperti di bawah :-
Perap ayam dengan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram bersama dengan halia dan bawang putih yang telah di tumbuk. Taburkan sedikit gula dan garam.
Simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam. Keluarkan dan goreng seperti biasa.
Ketuk dan potong kecil kemudian hias untuk dihidangkan seperti gambar di atas.
Sup telah siap dihidangkan. Cara membuatnya seperti di bawah :-
Tumiskan 1/2 biji bawang merah dan 2 ulas halia. Bahan yang sama seperti menyediakan nasi tadi.
Gunakan minyak masak biasa (bukan majerin lagi). Masukkan air (3 cawan).
Boleh ditambah air rebusan ayam jika suka sup nampak berlemak.
Bila telah mendidih, masukkan bahan perasa - 1/2 sudu garam - 1/2 sudu perencah sup - secubit perencah ikan bilis.
Kacau hingga rata, angkat dan hidangkan seperti gambar di atas. Tambah daun sup dan bawang goreng ke dalam hidangan.
Bahan untuk membuat kuah cili. - 4 biji cili merah (dibuang bijinya) - 2 ulas bawang putih - 2 sudu cuka buatan - 2 sudu sos cili. - 2 cawan air Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kisar (blend) semua bahan di atas.
Rebus bahan kisaran tadi hingga mendidih. Siap untuk dihidangkan setelah mendidih.
Untuk kuah kicap, gunakan baki perapan ayam. Tumbuk bawang putih kemudian gorengkan sehingga garing. Masukkan baki perapan tersebut. Sesuaikan rasanya. Maaf tak sempat ambil gambar sebab perut dah lapar...
Setiap penulis blog mempunyai matlamat dan tujuan penulisan masing-masing. Begitu juga bagi pemilik Blog Arrie’s Family ini. Pengenalan blog ‘Header’ telah dinyatakan blog ini menggambarkan liku-liku hidup keluarga ini. Kenangan pahit manis, pencapaian dan kejayaan keluarga akan dinukilkan disini.
Pastinya gaya bahasa adalah berbeza bagi setiap penulis blog. Faktor usia, taraf pendidikan dan pengalaman hidup membezakan cara penulisan. Pengunjung blog juga dari peringkat berbeza pastinya berkeinginan yang berbeza. Misalnya remaja menginginkan bentuk penulisan bersahaja, santai. Orang dewasa pula menginginkan pembacaan yang lebih bermanfaat. Golongan intelek pula menginginkan artikel ilmiah sebagai bahan rujukan.
Kerana itulah terdapat pelbagai bentuk blog. Ada bentuk hiburan, politik, kemasyarakatan, family dan sebagainya. Bagi blog Arrie’s family ini pula ia lebih kepada cerita keluarga. Disamping itu Abah (Suhaimi Ahmad) cuba membina artikel yang lebih bersifat ilmiah. Sekadar cuba-cuba, untuk menambahkan pengetahuan disamping terus belajar dari alam cyber yang tidak terbatas ini.
Bagi yang meminati hiburan misalnya, adalah tidak wajar memberi komen blog-blog yang tidak menepati kehendaknya. Sekiranya dia merasakan blog yang terlalu berat, terlalu ilmiah dan tidak santai baginya tidaklah perlu dia mengunjunginya. Contoh blog atau web yang bersifat ilmiah al-ahkam.net, al-fikrah.net, hafizfirdaus.com, an-nawawi.blogspot.com, akob73.blogspot.com dan sebagainya. Blog-blog di atas banyak memberi informasi berguna kepada pengunjung terutama berkenaan hal-hal agama.
Cara penulisan mereka pastinya begitu formal, tersusun dan boleh dijadikan rujuka bagi penuntut yang sedang membuat kajian. Bagi remaja yang mencari hiburan semata-mata,blog-blog tersebut bukanlah menjadi pilihan kerana tidak bersesuaian dengan mereka. Bagaimana pun, tidak sepatutnya kita memperlekehkan penulis blog berkenaan kerana ada usaha baik mereka dalam menyampaikan idea mereka.
Berbalik kepada Arrie’s family, matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk menimpan segala data-data, gambar-gambar kenangan dan artikel-artikel menarik sebagai rujukan. Di samping itu hanya abahnya seorang sahaja yang cuba-cuba menulis artikel yang agak serius bunyinya.
Oleh kerana blog merupakan suatu yang ‘life’, adanya interaksi antara pengunjung dan tuan rumah maka disediakan ruang chat untuk meninggalakan pesanan. Abah dan mama dapat berkomunikasi dari jarak jauh dengan kos yang rendah malah percuma dengan kemudahan ‘WIFI’ melalui blog ini. Ini merupakan suatu teknologi yang memudahkan kita beriteraksi. Katakan suatu hari nanti Arrie dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, adalah lebih baik berchatting ngannya menggunakan blog keluarga sendiri. Pastinya kos yang lebih murah dibandingkan menggunakan telefon atau SMS. Di samping itu juga sekiranya setiap ahli keluarga mempunyai blog masing-masing maka kita dapat adakan link bagi individu tersebut. Setiap ahli keluarga juga dapat menjadi penulis bagi laman blog arrie’s family ini. Maknanya suatu hari nanti andainya setiap anak mempunyai keluarga masing-masing dan berjauhan tapi masih dapat mengikuti perkembangan keseluruhan keluarga. Ini merupakan suatu kaedah yang lebih mudah dan dapat digambarkan dengan lebih cepat dan berkesan melalui penulisan blog. Setakat ini arrie’family telah di'link'kan dengan Pakcik Karg (Abu bakar Ahmad), Paksu Di (Rashidi Ahmad) dan Pakcik Ma’ie (Sepupu Abah - Nawawi Yaakob).
Adalah menjadi matlamat kiranya semua ahli keluarga yang lain umpamanya Maklong (Kakak Mama), Mak Nana (Adik Mama), Mak Lang (Kak mama -Miza), Pak Ngah (Abang mama – Rizal) , Makteh(Khadzijah), Makngah(Zainab), Maklang(Zaleha) dan lain-lain lagi mempunyai blog masing-masing. Dengan ini semuanya dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih berkesan.
Semoga penulisan kali ni dapat memberi gambaran matlamat dan hala tuju blog ini dibina. Blog bukan dibina sekadar ikut-ikutan tanpa memberi manfaat.
Bermain bersama, bergurau senda adalah memory terindah mereka apabila dewasa. Ajar mereka tidak lokek untuk berkongsi barang akan menjadikan hubungan lebih akrab.
Bila melihat anak2 membesar tertanya2 juga di dalam hati, adakah pendidikan kita berikan adalah didikan yang terbaik. Kerana pembentukan peribadi seseorang itu berdasarkan didikan yang kita dapat daripada asuhan orang tua kita. Pernah juga saya sembang kosong dengan ibu2 especially suri rumahtangga bagaimana cara mendidik anak yang betul. Ada pelbagai pendapat yang saya terima contoh " Alah.. buat pe nak pening kepala dah besar nanti pandai diorang le..". Itu pendapat yang saya terpaksa 'tong sampahkan'.
Jika anak2 berbalah huraikan perbalahan dgn meminta anak2 bersalam2 dan memaafkan kesalahan orang lain. Supaya dah besar nanti tidak kekok meminta maaf jika berlaku perbalahan. Air yang dicincang tak akan putus.
Ada juga pendapat dari seorang ibu yang saya kenali, beliau mempunyai 5 orang anak dan kesemua anaknya terdidik dengan baik dari segi pembelajaran mahupun akhlak. Saya tanya tips padanya supaya saya tak tersasar jauh dari jalan yang benar ketika mengasuh anak sendiri. Menurut Kak Ani yang saya kenali ketika tinggal di Meru,dia memang titik beratkan pendidikan agama sedari anaknya masih kecil. Apabila tauhid anak itu sudah teguh dia mampu menguasai pelajaran atas nasihat yang berterusan dari orang tua. Selain itu doa yang berterusan supaya menguatkan kesabaran apabila diuji dengan kenakalan anak2. Pendapat beliau saya terima pakai kerana melihatkan keperibadian anak2nya.
Mendidik anak menyapu rumah, membasuh pinggan akan menjadikan anak itu tidak kekok membantu ibu melakukan kerja rumah. Kata ucapan terima kasih jangan dilupa. untuk mendorong anak2 suka melakukan kebaikan.
Kenapa tiba2 saya keluarkan topic sebegini? Bukannya apa apabila melihat ragam orang dewasa yang kadangkala suka mengkritik tanpa memikirkan perasaan orang lain dan suka mambanding2 harta, isteri atau suaminya, kerjaya yang dimilikinya lebih baik dari orang lain. Orang sebegini boleh kita labelkan tinggi diri. Sudah tentu saya tak mahu anak yang saya hasilkan menjadi seorang yang sombong, bongkak, takbur walaupun sudah berjaya. Lebih buruk lagi menunjuk2 pada ahli keluarga sendiri dengan kejayaan yang dimiliki dengan niat untuk membangga diri.
Makan bersama salah satu cara eratkan tali persaudaraan.
Yang saya idamkan nanti jika usia panjang saya ingin melihatkan keakraban anak2 saya sesama sendiri. Sentiasa mengasihi satu sama lain, tolong menolong jika dalam kesusahan dan yang paling penting sentiasa berhubungan walaupun berjauhan. Imam at-Tabrani ada meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda ; "Ajarlah keturunan kamu supaya menyambung tali kekeluargaan, kerana sesungguhnya silaturrahim itu adalah kasih sayang terhadap kaum keluarga jauh lebih bernilai dari harta dan melanjutkan usia."
Mengunjungi saudara yang jauh membantu anak2 mengenali dengan lebih dekat ahli keluarga yang lain. Mudahan2 kebiasaan berkunjung-kunjungan dapat mereka teruskan apabila dewasa nanti.
Biasanya apabila berjumpa dengan rakan lama yang sudah lama tidak ketemu, soalan yang akan ditanya ialah "Berapa orang anak?" Dan bukannya"Berapa ribu duit kau simpan?"
Pendek kata untuk ibubapa seperti kami yang mempunyai ramai anak bersyukurlah dengan kurniaan Allah kepada kita kerana gelagat anak2, ciuman kasih sayang mereka sebelum tidur dan cerita2 fantasi mereka yang banyak memberi kebahagiaan kepada kita. Didiklah mereka sebaik2nya supaya mereka tidak berada dalam kegelapan dalam mencari halatuju kehidupan.
Sewaktu saya sedang sibuk menulis, ketika ini anak saya Irdina sibuk meratah serbuk milo di dapur.. Kelakar pun ada tengok mukanya yang comot. So sampai sini dulu saya nak pergi bersihkan Dina. Hai... kalau abah tahu....
Ni la TV baru menjadi pilihan kami. Abah cakap dari kita habis duit bayar duit hotel and cost ke PD, baik kita guna duit beli TV 21' baru letak dalam bilik. Harga pun tak mahal jenama SANYO RM 350 je..
Kenapa beli TV baru? Tengoklah sendiri TV lama kami bersama 'remote' yang bukan digunakan untul change channel tapi digunakan untuk start tv. Susah sangat nak keluar gambar..Dah nazak sangat pun... tv ni dah berkhidmat bersama abah dari tahun 1997 sehingga kini. Masa mula beli dulu harganya RM1500 dah sama dengan harga TV LCD screen.
Betul jugak dari habis duit dapat kat tauke hotel baik beli barang at least nampak gak hasilnya.
Iffa dengan Arrie bergambar di depan masjid Sultan Sulaiman Klang.
Ammar atas motor bomba yang masa tu tengah buat road tour kat Dataran Merdeka KL.
Arrie terus berangan nak jadi ahli bomba lepas merasa bergambar atas motor.
Dina baru berusia 5 hari waktu gambar nie diambil.
Gambar nie kami ambil ketika berkunjung ke Putrajaya. Sebulan sebelum mama melahirkan Irdina.
Di depan masjid Putrajaya
Belum lepas pantang lagi. Mama sedang memangku Dina, masa nie kami berada di KL Plaza sambut harijadi Imran.
Alamak nenek tak nampakla.. Lagi beberapa hari nenek akan balik dari Mekah. Rindu pulak rasanya..
Abah bergambar di samping anak2.
Ammar kecik2 dulu pun pandai berposing masa nie Ammar berusia 2 tahun 3 bulan. Bukan main handsome dia bergambar kat parking kereta masjid Shah Alam.
Haa masa nie kami bergambar dalam rumah di Meru. Rumah yang agak selesa bagi kami. Tapi terpaksa berpindah pulak. Mama sedang memangku Ammar ketika Ammar berusia 4 bulan.
Iffa dan Arrie bergambar kat halaman rumah Meru.Waktu nie Arrie berusia 4 thn manakala Iffa pula baru berusia 2 thn.
Iffa masih lagi berusia 2 tahun masa nie rambut pun jarang2 lagi.
Ammar berusia sebulan. Lain sangat mukanya..
Note : Apabila melihat semua gambar2 ini terasa cepat masa berlalu. Masih terasa kesakitan bersalinkan Arrie yang mengambil masa 14 jam 7 tahun dahulu. Selepas seorang2, anak yang mama lahirkan ke muka bumi ini. Insyaallah pada bulan 5 akan datang lagi seorang bayi yang mama lahirkan. Semua ini merupakan memori terindah kami melalui kehidupan sebagai suami isteri. Ketika ini sedang sibuk mama menulis, Dina pulak cuba memasukkan makanan ikan ke dalam mulut. Nasib baik sempat tepis kalau tak....selamat makanan ikan tu masuk dalam perut Dina. Ok sampai sini saja entah apalagi yang bebudak tu buat pulak kang.
Anak sulung dari 5 adik beradik.
Abah Mohamad Suhaimi Ahmad seorang Jurutera kanan disebuah syarikat swasta.
Mama Zuraida Jemain surirumah sepenuh masa. Abah dan Mama penyumbang utama bagi artikel dan cerita-cerita keluarga dalam menjayakan blog ini